Notepad Plus

Apakah notepad plus? Persoalan pernahkah anda menggunakannya dan apakah kebaikannya kepada kita?

Notepad++ is a free (as in “free speech” and also as in “free beer”) source code editor and Notepad replacement that supports several languages. Running in the MS Windows environment, its use is governed by GPL License.

Based on the powerful editing component Scintilla, Notepad++ is written in C++ and uses pure Win32 API and STL which ensures a higher execution speed and smaller program size. By optimizing as many routines as possible without losing user friendliness, Notepad++ is trying to reduce the world carbon dioxide emissions. When using less CPU power, the PC can throttle down and reduce power consumption, resulting in a greener environment.

Untuk muat turun perisian ini anda boleh klik di SINI.

Advertisements

My …….


fsdfsd

Refleksi – Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (GGGE6543)

Salam dan selamat sejahtera semua. Semester ini saya rasa bertuah kerana dapat mengambil subjek Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (GGGE6543). Walaupun saya mendaftar 4 minggu lewat berbanding rakan-rakan yang lain, saya tidak kekok dan tidak pula rasa terpingggir daripada rakan-rakan dan pensyarah. Rata-rata mereka membantu dan saling bekerjasama antara satu sama lain. Jika tidak faham atau tertinggal sesuatu, mereka sedia membantu. Ini terbukti melalui tugasan kumpulan iaitu Bengkel Web 2.0. Kesemua rakan memberi komitmen dan kerjasama yang jitu sehingga bengkel web 2.0 ini dapat dijalan dengan lancar dan berkesan.

foto_bengkel

Berbalik semula kepada Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (GGGE6543), bagi saya subjek ini subjek yang paling saya gemari selain daripada subjek utama saya iaitu Pendidikan Komputer. Antara kedua subjek ini saling berkaitan. Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang berpusat kepada pelajar dan explorasi yang ditekankan dalam Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (GGGE6543) ini memberi banyak kebaikan kepada diri saya dan rakan-rakan. Saya dapati melalui kaedah ini kemahiran yang ada pada seseorang dapat dipertingkat dan ilmu akan berkembang kerana perbuatan mencuba sesuatu itu lebih berkesan berbanding dengan perbuatan lihat dan dengar.

Penggunaan ifolio sebagai platform pembelajaran dan pengajaran banyak membantu para pelajar terutamanya seperti saya yang belajar separuh masa. Kesempatan dan peluang untuk kami agak tersekat untuk sering berulang alik ke kampus. Memandangakan komitmen dan tanggungjawab sebagai guru di sekolah. Melalui penggunaan ifolio ini saya dapati memudahkan kami untuk berinteraksi, memberi respon dan juga menghantar tugasan kepada pensyarah. Aplikasi ifolio turut membantu. Dengan akses yang mudah dan cepat, menambahkan lagi keyakinan saya untuk terus menggunakan ifolio sebagai platform pembelajaran.

Pun begitu, masih ada ruang dan peluang untuk menambah baik Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan (GGGE6543) yang sememangnya sudah baik. Ingin saya mencadangkan beberapa perkara untuk keselesaan dan kebaikan bersama. Antaranya :

  • Peluang untuk pelajar menambah ilmu dan kemahiran dipertingkatkan. Pelbagaikan lagi aktiviti penerokaan ilmu tentang sesuatu ilmu baru. Sebagai contoh Open Source, OER dan Web 2.0 ini apabila telah dipelajari, minta pelajar sediakan manual pengguna dengan pelbagai media persembahan. Hasilnya dibukukan atau dimuat naik dalam alam siber untuk perkongsian ilmu.
  • Tugasan dalam bentuk kumpulan sebagai contoh Bengkel Web 2.0 ditambah baik. Adalah dicadangkan agar tugasan ini dibuat dalam format¬† ahli kumpulan yang lebih kecil dan berbeza kandungan dan cara kendalian kursus. Ini mungkin lebih mencabar dan hasilnya dapat menguji kemahiran dan pengalaman pelajar serta memantapkan daya keyakinan para pelajar dalam meyampaikan ilmu.

Apa-apapun subjek ini adalah yang terbaik dan telah dapat membantu meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran saya. Terima kasih kepada semua.

OER – Open Educational Resources

OER? Tahukah anda apa yang dikatakan dengan OER?  Saya rasa bertuah kerana mengetahuinya lebih awal daripada orang lain. Itupun melalui kuliah yang saya hadiri. Syukur dan rasa bertuah ambil subjek Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. OER atau dalam bahasa Malaysia disebut sebagaioer Sumber pembelajaran terbuka, adalah dokumen dan media berlesen terbuka yang berguna untuk tujuan pengajaran, pembelajaran, pendidikan, penilaian, dan penelitian. OER antara lain mencakup kuliah, bahan kuliah, modul konten, objek pembelajaran, jurnal, serta berbagai peralatan pendukung penyampaian konten pembelajaran tersebut.

Melalui OER ini pelbagai maklumat dan info yang boleh kita perolehi dengan percuma. Salah satu daripada URL untuk mendapatkan sumber secara percuma adalah melalui oer.issuelab.org

Anda boleh mencari buku, jurnal ataupun tesis untuk dijadikan rujukan dalam penulisan anda nanti. Jom kita gunakan OER dalam P & P berkesan.

Wallwisher dalam pembelajaran dan pembelajaran

wallwisher1

Wallwisher merupakan salah satu lagi aplikasi web 2.0 yang boleh diperoleh dengan percuma. Mudah dan ringkas itulah trendmark wallwisher. Antara kegunaan wallwisher ialah sebagai notis board, perbincangan, penanda buku, pengajaran.

Wallwisher juga membolehkan anda menambah sebarang fail / link – video, imej, dokumen.

Berikut adalah contoh wall yang telah dihasilkan. Adalah menjadi harapan contoh yang dihasilkan ini boleh memberi inspirasi dan motivasi kepada rakan-rakan dalam menghasilkan wall sendiri.

 

Prezi dalam pengajaran

prezi

Prezi? Pernahkah anda mendengar atau menggunakannya? Jika pernah anda antara mereka yang cemerlang. Jika belum anda masih ada masa untuk menggunakan dan menjadikan pembelajaran dan pengajaran anda cemerlang.

Youtube dalam Pembelajaran

Bolehkah youtube digunakan dalam pembelajaran? Sudah tentu boleh. Bagaimana youtube boleh digunakan dalam kelas? Inilah persoalan yang sering diutarakan oleh para guru.

Komponen-Komponen e-pembelajaran

Komponen e-pembelajaran terbahagi kepada tiga (3) bahagian, iaitu sistem, isi kandungan, dan peralatan.

Infrastruktur e-pembelajaran

Infrastruktur e-pembelajaran

Pedagogi e-pembelajaran

Pedagogi ialah kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah. Secara umumnya pedagogi merupakan mata pelajaran yang wajib bagi mereka yang ingin menjadi guru di sekolah. Sebagai satu bidang kajian yang luas, pedagogi melibatkkan kajian mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, pengurusan bilik darjah, organisasi sekolah dan juga interaksi guru-pelajar.

Pedagodi e-pembelajaran